Wednesday, March 24, 2010

PMRAM Rakam Tahniah Pelantikan Syeikhul Azhar Yang Baru




KAHERAH, 20 Mac - PMRAM merakamkan ucapan tahniah atas perlantikan Dr.Ahmad Muhammad Toyyib, sebagai Syeikhul Azhar yang baru, demikian menurut Presiden PMRAM, saudara Abdul Mu'izz Muhammad dalam perutusan tahniah PMRAM kepada Syeikhul Azhar.

Dr. Ahmad Toyyib merupakan Rektor Universiti Al-Azhar adalah Syeikhul Azhar yang ke-43 dilantik menggantikan Al-Marhum Syeikh Dr.Mohammad Sayyid Tantawi yang meninggal dunia pada hari Rabu lalu di Arab Saudi.

Dr.Ahmad Toyyib berusia 66 tahun, dilahirkan di wilayah Luxor merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Kuliah Usuluddin Kaherah pada tahun 1966. Beliau dilantik sebagai mufti negara Mesir pada tahun 2002 dan 2003 kemudian sebagai Rektor Universiti Al-Azhar hingga kini.


0 comments: