Saturday, April 24, 2010

Rukhsah Daripada Pengetua Maahad Qiraat Shoubra


SHOUBRA, 19 April - Kesyukuran yang tidak terhingga terpancar di wajah setiap mahasiswa tahun satu Maahad Qiraat Shuobra apabila mereka dibenarkan untuk menjalani ujian lisan (syafawi) di sana.

Desas-desus yang mengatakan bahawa ujian lisan bagi mahasiswa tersebut terpaksa ditangguhkan berakhir apabila Pengetua (Mudir) Maahad tersebut membenarkan mereka menjalani ujian walaupun dokumen pengajian mereka masih belum sampai kepada pihak pentadbiran maahad.

Ujar Pengerusi PMRAM Cawangan Shoubra, Saudara Mohd Naim bin Hassan "Kejadian seperti ini merupakan 'rukhsah' daripada pihak pengetua maahad. Kalau sebelum ini, agak sukar bagi mahasiswa Shoubra mengambil peperiksaan dalam keadaan nama masih belum dinaikkan di maahad".
Mereka yang seramai 104 orang itu mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil PMRAM Pusat iaitu Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime bersama Timbalan Presiden Saudara Mohd Zuhaili bin Saiman serta Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah, Saudara Ahmad Huzaifah Fauzi sebagai wakil Badan Pengurus dari Shoubra yang turut hadir pada pagi tersebut demi memastikan semua mahasiswa tahun satu tidak mempunyai masalah untuk menjalani ujian lisan tersebut.

Presiden PMRAM berkata "Kejadian seperti ini bukan kali pertama yang dihadapi oleh mahasiswa Shoubra. Saya pun tidak pasti bagaimana urusan untuk kenaikan nama di Maahad Qiraat Shoubra yang dilakukan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Setiap tahun nama mahasiswa tahun satu di sini semakin lewat untuk proses kenaikan".

Keadaan yang sama juga berlaku bagi mahasiswi tahun satu Maahad Qiraat Mansurah. Sehingga kini nama mereka juga masih belum sampai pada pihak pentadbiran maahad di Mansurah.

Ujar Presiden lagi "Walaubagaimana sekalipun pihak PMRAM akan berusaha untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang pada masa akan datang. PMRAM berharap supaya semua ahli sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi peperiksaan".




Beginila terjadinya kepada diriku serta kawan2 pada tahun lepas sehingga pihak Mahad Qiraatterpaksa tangguhkan peperiksaan supaya mana kami mukoyyat. Apa2 pon alhamdulillah akhirnya atas campur tangan semua pihak di atas urusan ini.

Sumber dari : http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=855:rukhsah-daripada-pengetua-maahad-qiraat-shoubra&catid=1:pmram&Itemid=63




0 comments: