Tuesday, September 29, 2009

..::Beraya DiPerantauan::..



makan kuih yg baru smpei dr malaysia...tp dh hancuq..hahahapastu makan mee sup la...




Selesai sudah mayg raya nak balik dan lg depa nie bergambaq ngan pak arab.


Begitu bersemangat sekali Ust Salman Samad kita membeca teks khutbah raya.




tengah kusyuk dengaq khutbah tue....hehehe



Lamanya khutbah jumaat nie..ehh khutbah raya la...senyum dulu..hahaha



Semangat Ust Mang kita bertakbir..huhuhu



Bergambaq sebelum pi mayg raya kt Markaz..











Kenapa Keluarga Penuntut Terengganu Diketepikan. Kenapa Mesti ISMA?

Saya dengar dari jauh kesalan dan keluhan anak-anak terengganu yang dinafikan hak mereka. Kenapa mesti Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) dinafikan hak mereka dalam menyambut adik-adik baru dari Terengganu. Kenapa mesti ISMA pula yang menggantikan KPT. Saya paparkan fakta sedih dari anak Terengganu.

Sumber asal: http://syeikhubaidillah.blogspot.com

*******************

Sebelum & di Airport

Ternyata ana dan sahabat2 di pihak KPT sangat gembira untuk menyambut kehadiran pelajar2 baru, tidak sabar rasanya untuk bertemu & beramah mesra dengan mereka. Itu sudah menjadi kebiasaan kami menyambut pelajar2 baru, dan bukan perkara baru di bumi mesir ni. Ternyata kami diberi amaran oleh En. Kamal: “kalau saya jumpa awak dan kawan2 awak di airport, jaga awak semua.

Kita nak kata kepada En. Kamal, kenapa perlu halang kita daripada menjemput pelajar2 baru, kita bukan nak buat apapun, cuma sekadar menyambut mereka sahaja, kenapa tidak mahu memberi peluang kepada kita berbaik-baik dengan pelajar2 baru seolah-olah mahu menjauhkan kita daripada mereka, memangnya kita ni menyebarkan dakyah2 yang sesat ke? Setahu ana, yang mendedahkan dakyah2 sesat tu persatuan yang satu lagi dan bukannya PMRAM.

Apa yang peliknya sahabat2 sekalian, kenapa pegawai Terengganu tergamak mengabaikan pelajar2 Terengganu dan mengutamakan UMNO dan ISMA, siapa mereka, sedangkan persatuan tunggal dalam Terengganu hanyalah (KPT) sahaja. Kenapa perlu mereka, tambahan pula, mereka yang dari Nadi UMNO dan ISMA tu bukan dari negeri Terengganu, tapi negeri2 luar seperti Selangor, Melaka, Pahang dan lain2, apa kaitan mereka dengan pelajar2 baru Terengganu, sedikit pun tidak ada kaitan, jadi kenapa nak sibuk2 sangat, boleh jadi adik2 menyampah tengok mereka.

Sesampainya ana dan sahabat2 di airport, ternyata begitu ramai tentera bersekutu seperti ISMA dan UMNO, yang ana hairannya pegawai Terengganu dan Yayasan seolah-olah menganggap keberadaan kami di situ tidak wujud. Kenapalah kalian jadi sedemikian, padahal kami sudi untuk berkhidmat untuk pegawai demi adik2 baru, tak perlu kutip pengemis2 di jalanan. Kalau pengemis, kena bayar, tapi kami sanggup jadi hamba, bekerja tanpa upah sedikitpun, hanya pengorbanan tenaga dan ihsan kepada adik2. Ternyata niat ikhlas kami dipersiakan oleh pegawai yang cerdik tapi tak cerdik.

Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, punyalah teruk pakatan2 pegawai ni, termasuklah ISMA dan UMNO, mereka merahsiakan perjalanan adik2 baru, kononnya nak sembunyikan mereka daripada kita, ternyata Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, akhirnya kita dapat tahu juga. Di airport, group2 ISMA atau UMNO ni mengibarkan bendera Terengganu, tak malu langsung, padahal mereka bukan dari negeri Terengganu, semua dari negeri2 luar, tak patut langsung pegawai Terengganu (UMNO) ni, dah tahu orang tak suka dekat dia, nak paksa2 orang suka dia, mana boleh. Bertaubatlah, ana bukan tak suka dia tapi perbuatan dia.

Kawan2 nak tahu, pegawai Terengganu tu bekas ADUN SURA kawasan Dungun, tapi tidak terpilih untuk terus bertanding sebab mempunyai rekod yang buruk di kawasannya, terus-terang ana katakan, bahawa mereka semua adalah jahat, merekalah penculik, merekalah penyamun, dan merekalah penyangak, ana secara peribadi tidak sesekali meredhai perbuatan khianat dan jahat mereka termasuk ISMA dan Nadi UMNO, tak kiralah En. Mustaqim ISMA ke, Faizal Nadi UMNO ke, En. Majdi bebas ke, En. Kamal pegawai ke….

Apa yang pasti ana tidak sesekali meredhai kalian memperlakukan adik2 sedemikian, termasuk usaha untuk menjauhkan adik2 selama seminggu ni, kononnya nak jaga kebajikan adik2 baru, ternyata manis di mulut jahat di hati, kata orang PMRAM munafiq namun merekalah yang sebenarnya munafiq, kata perjuangan kita bukan Islam, ternyata perjuangan mereka yang sebenarnya bukan Islam, kerana cuba untuk memecahbelahkan Mahasiswa di sini.

Di airport, ternyata group mereka ramailah juga termasuk pegawai2, masing2 saling memandang antara ana, sahabat2 dan group lawan(Pegawai2, ISMA & UMNO), sambil menunggu urusan adik2 baru di dalam selesai di dalam, namun ana berusaha untuk menampakkan bayang2 ana kepada adik2 yang baru datang, bila dilambai masing2 menyahut, Alhamdulillah, dalam setengah jam lagi nak masuk waktu maghrib akhirnya adik2 baru keluar, dan ternyata ana orang yang pertama sempat menyapa, bersalam dan mengucapkan sesuatu kepada adik2 yang baru datang, maklumlah semua adik2 baru yang datang dari SMAASZA dan IQT mengenali ana, sekali lagi Alhamdulillah, namun ternyata keluar ayat yang sayu dari adik2 baru, dahagalah ust Ubai, tak ada air ke, ternyata kebajikan yang dijanjikan oleh pegawai dan konco2nya sudah terabai saat permulaan lagi.

Adik2 kemudiannya dibawa menaiki bas yang telah disediakan oleh pegawai Terengganu En. Kamal. Pihak kami(KPT) langsung tidak dibenarkan untuk bersama adik2 sampai untuk naik bas bersama merekapun kami tidak dibenarkan, namun takdir telah menentukan perancangan orang2 di pihak yang benar itu terpelihara, senior dikalangan akhowat kita berjaya menyelinap masuk ke dalam bas tersebut tanpa pengetahuan mereka, ternyata kami terpaksa menggunakan cara tersebut untuk mengetahui pergerakan adik2 dan memastikan agenda2 tersembunyi pihak yayasan di bawah penyelenggaraan En. Kamal.

Perhatian!!!

Ana sangat berharap agar pihak2 yang prihatin terhadap isu ini dapat menyebarkannya kepada orang ramai dan pihak yang berkenaan agar sebarang tindakan dapat diambil demi menjamin tugas seorang pegawai berjalan dengan amanah, tiada apa yang ana rahsiakan, ana cuba korek sedaya mungkin daripada adik2 baru dan pihak yang terlibat, dan ana akan dedahkan, dalam masa yang terdekat, mungkin esok hari, ana akan posting pulang artikel berkenaan hari yang kedua, ketiga sehinggalah kepada perjalanan yang seterusnya iaitu hari kelmarin ke (Sinai) dan (Alex).Ana terpaksa membuat laporan secara bersiri kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk menaip artikel semasa adik2 baru ada di sisi, kerana berkorban untuk merisik perjalanan adik2 dan menjaga kebajikan mereka secara senyap.

Perjalanan ke kompleks

Sememangnya perjalanan mereka adalah ke kompleks pelajar di Haiyyu Asyir, itulah maklumat yang kami terima dari senior akhowat yang mendengar ucapan dari pihak yayasan ketika berada di dalam bas. Pada masa itu, kami juga dalam perjalanan pulang, meskipun pulang tanpa adik2 namun pulang bersama hati adik2, lalu kami memaklumkan kepada sahabat2 yang ada di kompleks agar bersiap sedia untuk menyambut adik2 baru yang akan tiba tidak lama lagi, sediakan air dan sambut adik2 dengan baik, kerah semua pelajar2 lama turun, jangan biar orang2 ISMA dan UMNO mendahului kita untuk sambut adik2 baru, itulah arahan yang ana dengar.

Sesampainya mereka di kompleks, sahabat2 yang sudah berada di sana menyambut mereka dengan baik dan mesra sambil membahagikan sedikit kuih sebagai alas perut sambil menyediakan air sejuk untuk menghilangkan dahaga adik2 yang kehausan, kami yang pada ketika itu juga baru tiba dan sempat memeluk mereka semua, terzahir keletihan di wajah mereka sambil tersenyum melihat layanan dan celotehan dari sahabat2 KPT. Kuih yang dibahagikan itu adalah untuk AJK pelaksana program Unit Sambutan Mahasiswa Baru, namun melihat keadaan mereka yang lapar dan dahaga, maka dibahagikan semua itu kepada mereka, kami tidak kisah, bahkan kami rasa sangat berbesar hati kerana dapat berbakti dan membantu adik2 meskipun dihalang oleh pegawai Terengganu.

Seterusnya apa pula yang berlaku sahabat2 sekalian, adik2 dihalang untuk mengerjakan sembahyang maghrib oleh pembantu En. Kamal, padahal 30 minit lagi nak masuk waktu isya’, namun En. Farid mengatakan bahawa pergi ke galeri terlebih dahulu sebab En. Kamal nak bercakap sedikit, namun YDP Terengganu telah menyuruh adik2 naik ke surau dulu untuk sembahyang, tapi En. Farid membuat sekatan di tangga seolah-olah menghalang adik2 daripada naik ke atas, katanya lagi, En. Kamal nak ambil masa sekejap sahaja, lalu YDP mengalah lalu menyuruh adik2 ke galeri terlebih dahulu kerana En. Farid kata sekejap sahaja.

Tahu tak apa yang berlaku sebelum tu sahabat2 sekalian, salah seorang bekas Imam Besar Masjid Negeri Terengganu boleh mengeluarkan kenyataan yang pelik, tak layak langsung dipanggil Imam, apa yang dia kata, dia suruh adik2 bari jama’ takhir maghrib dengan isya’, mazhab mana yang ajar ni, kan dah sampai, lagipun datang sini(Mesir) nak menetap bukan melancong 2 atau 3 hari, jadi mana boleh jama’ lagi, ana yang kebetulan ada di situ pun cuba bersuara, mana boleh ustaz, kan dah sampai, mana boleh jama’ lagi, setahu ana mazhab syiah jer yang boleh jama’ bila2 masa jer, tak terkata Bekas Imam Besar tu, En. Fadzli namanya. Inilah yang dipanggil keluar fatwa tanpa ilmu.

Semua adik2 ikhwah masuk ke dalam galeri, termasuklah ISMA dan UMNO, namun pihak kita tetap masuk meskipun tidak dijemput untuk memastikan perancangan mereka, antara yang masuk ialah YDP dan beberapa orang Exco, apa yang berlaku, En. Kamal membahagikan adik2 ikhwah yang seramai 23 orang kepada 3 kumpulan, kumpulan satu, kumpulan 2, kumpulan 3. kemudian mereka dibawa ke rumah pegawai, villa dan pejabat pegawai untuk solat maghrib yang hampir luput. Mereka tidak dibenarkan untuk solat di surau yang luas lagi selesa di atas tapi dibawa ke bilik yang sempit.

Perbuatan tersebut menjelaskan lagi kepada kami, bahawa mereka memang benar-benar ingin menjauhkan adik2 daripada pelajar2 lama, apa lagi agaknya perancangan mereka, ana kata dalam hati, tunggu dan lihat sahajalah. Memang benar, apa yang berlaku, ternyata sekitar jam 11 malam lebih, sekumpulan adik2 dibawa turun dalam keadaan keletihan, dan dikalangan mereka yang kelihatan baru sahaja bangun daripada tidur, disuruh tunggu di bawah, rupan2nya mereka akan dibawa lari ke suatu tempat yang kami tidak tahu, apatah lagi adik2 baru.

Tidak berapa lama kemudian datang kereta hitam yang dibawa oleh warga ISMA, bukan ISMA apa, ISMA lah, ingat orang tak kenal, orang yang bawa kereta tu orang ISMA lah, tak payah nak berdalih, tidak dinafikan dalam ISMA ada orang yang baik, tapi itulah yang berlaku, bila ditanya tak tahu, sikit2 En. Kamal, skit2 En. Kamal, padahal dia yang memandu, ternyata 2 kali dia orang angkut adik2 baru ni ke suatu tempat, dalam pemikiran ana pada masa tu, mungkin ke Bawabah(nama kawasan) kot, lagipun kami langsung tak dapat nak hubungi mereka sebab adik2 tak ada nombor Mesir lagi, jadi susahlah kami nak berhubung dengan mereka, sampai bila2 pun kami takkan dapat tahu keadaan mereka, makan minum mereka, dikawal seperti banduan sahaja.

Hari kedua di Mesir-Khamis

Ternyata adik2 mengadu lapar dan dahaga, maklumlah sepanjang lewat malam yang berlalu, mereka ketiadaan makanan sehingga pagi, namun ana yang kebetulan memasak untuk ahli bilik terpaksa mengorbankan makanan tersebut kepada adik2, dalam lingkungan lapan orang yang dapat ana bawa ke rumah untuk menikmati hidangan yang ala kadar untuk mengisi perut adik2 yang baru datang, nasi goreng dengan keropok dan air tea O & tea susu, itu sahajalah yang mampu ana sediakan, meskipun sedikit sahaja, tergambar kegembiraan di wajah adik2 yang baru ni.

Dalam hati ana, tergamak betul pegawai buat macam ni dekat adik2, langsung tidak menjaga kebajikan pelajar2 baru. Namun sahabat2 sekalian, ada lagi perkara yang lebih menyayat hati, kumpulan pertama dikurung di dalam Villa tanpa ada makanan dan minuman, sehinggakan kami tidak sedar bahawa masih ada pelajar yang disembunyikan, kunci mereka pegang, kami bukan tak nak beri adik2 makan, tapi macam mana kami nak beri makan kalau kunci, bayangkan, bila jam pukul 7 lebih baru kunci dibuka, seolah-olah adik2 yang baru ni macam ayam yang dikurung dalam reban.

Setahu ana, ayam yang dikurung pun masih ada makanan, ni langsung tak ada makanan, adik2 mengeluh kelaparan, sehinggakan ada seorang adik tu mengadu dekat ana, “abang! sampai bila keadaan macam ni?” Ana beritahu kat dia orang sabarlah, nak buat macam mana, antum pilih yayasan(jalan macam ni), terpaksalah ikut arahan dia sekarang, sabarlah dalam seminggu lagi, lepas tu group anta akan kembali semula kepada Keluarga Penuntut2 Terengganu. Tak sabar rasanya…

Agaknya pegawai dan konco2nya sedang lena di alam mimpi, itu yang ana bayangkan dalam hati, sehinggakan ana memberanikan diri untuk mendekati adik2 yang sehingga jam 7.30 pagi, maklumlah perjalanan mereka hari ini akan bertolak sekitar jam 8.00 pagi, itulah perancangan yang ditetapkan oleh pegawai dan tentera bersekutu.

Seorang pelajar baru melaporkan perjalanan mereka hari ini, pertamanya mereka ke Masjid Hassan, kemudian ke Masjid ‘Arafah, setelah itu ke Masjid Ibnu Tulub, solat jumaat di Masjid Amru ibnu Al-‘As, setelah solat mereka ke Malaysia Hall atau dikenali sebagai Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah(ARMA), di situ mereka makan dan berehat-rehat seketika, selepas itu mereka berjalan-jalan ke Bandar Kaherah, mengenali universiti, selepas asar akan menaiki bot di Perlembahan Sungai Nil. Katanya tak tahu bila balik ke Kompleks tapi mereka mengadu bahawa mereka keletihan dan kepenatan, terasa mengantuk sangat. Tapi nak buat macam mana, pegawai bukan faham pun, jadi adik2 terpaksa ikut.

Pada malam hari pula, adik2 melaporkan bahawa mereka sekarang makan malam di salah sebuah restoran di tengah Bandar Kaherah, mungkin dalam pukul 10 malam baru pulang. Bukan apa sahabat2 sekalian, segala perjalanan mereka dirahsiakan kerana pegawai tidak mahu kami tahu, tetapi adik2 yang lebih percaya kepada kami daripada pegawai telah memudahkan urusan kami untuk mendapatkan maklumat perjalanan mereka. Sekitar jam 10 malam lebih kami menunggu adik2 dari atas, ada juga yang tunggu di bawah dan sebagainya. Tunggu punya tunggu, tak sampai2 lagi, ana pun ke Restoran untuk isi perut yang sedikit kekosongan kerana tidak makan seharian, setelah makan….

Ana sedikit terkejutlah apabila ramai sahabat2 yang melaporkan kepada ana bahawa adik2 telah pulang tapi keadaan mereka sangat berbeza, berbeza macam mana tu? Mereka langsung tidak senyum, seolah-olah lari atau mengelak daripada kita, kata salah seorang sahabat2 ana, begitu juga laporan yang ana terima ketika tiba di kompleks, ditambah lagi dengan adik2 baru yang tidak membalas mesej dan panggilan ana, namun ana tetap bersangka baik meskipun ada dikalangan sahabat2 ana yang bersangka bahawa mungkin pegawai telah memberi amaran kepada adik2 baru agar tidak mempedulikan abang2 lama, boleh jadi adik2 kepenatan kerana seharian berjalan-jalan sekitar Bandar Kaherah padahal rehat tidak cukup dan stamina pula lemah.

Ternyata apa yang berlaku mala mini, berita yang sangat menyayukan lagi menambahkan benci, apabila ada seorang sahabat ana yang menceritakan peristiwa yang berlaku sekitar jam 1 pagi. Peristiwa ini berlaku bilamana adik2 pulang ke rumah yang ana kata di Bawabah sebelum ni, rupa2nya Walidain. Lagi jauh…Adik2 dibawa lari ke Walidain? Terkejut ana dan sahabat. Sahabat ana itu ikut jalan bersama adik2 baru sampai ke rumah, namun apa yang berlaku, datang sekumpulan arab minta duit sewa rumah yang dihuni adik2 baru, katanya rumah yang adik2 baru huni sudah tidak dibayar sejak tahun lepas, adik2 tak faham apa yang arab perkatakan, namun nasib baik sahabat ana yang bertaraf abang tu kebetulan berada di situ, akhirnya dapat diselesaikan. Bagi ana, ini dah dikira menindas adik2 baru seolah-olah mangsa kurungan yang tidak bersalah. Semuanya angkara pegawai.

Atas kebijaksanaan senior ana, akhirnya kami dapat mengambil nombor pelajar tersebu untuk memudahkan urusan kami menghubunginya bagi malam berikutnya, dan juga untuk mendapatkan maklumat, maklumlah mereka terlalu jauh daripada kami berbanding 2 kumpulan lagi dari lelaki, perempuan semuanya ditempatkan di Rumah Pahang bersama kawalan akhowat ISMA Pahang, ana tak kata semua ISMA jahat, yang terlibat dalam isu ini sahaja...

Ana juga tidak redha kepada mereka yang terlibat sahaja, yang tak terlibat kenapa nak berasa pula, ke ini semua atas arahan pimpinan ataupun kalian semua ada pakatan, kalau betul kalian jahatlah, kalau tidak tidaklah, Tuhan pun dah kata orang yang baik maka dia baik, kalau dia jahat maka dia jahat, kenapa pula ana nak kata yang baik itu jahat atau sebaliknya, persatuan tidak ada yang jahat atau baik, tapi yang di dalam tu(orang2) sahaja. Harap sahabat2 blog tidak salah faham.

p/s : Kesian kt depa nie...seb bek aku ngan member2 aku dulu disambut oleh BKAN PENANG...YDP waktu tu Al-Fadhil Ust Hanif yg begitu sempoi ngan wakil dr Shoubra Al-Fadhil Ust Naim Hassan(sekarang pengerusi DPM Shuobra) tak lupa exco BKAN PENANG Al-Fadhil Ust Hafiz Abidin(sekarang YDP BKAN PENANG)...dan 1 lg BKAN PENANG tak dak pegawai tu yg lg mudah urusan semua sbb MAIPP masih percayakan mahasiswa/wi2 mesir nie boleh buat kerja x gaduh nak hantaq pegawai mai buat keja kt sini menyemak ja...huhuhu
xpenah pown bergaul dgn bebudak ISMA & NADI UMNO nie cuma kenai la Ust Faizal tu yg dok dekat Umah Pahang(tp dia owg Johor klau x siap)...



Sunday, September 13, 2009

Buat Aku Mengalir Air Mata !!

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.
"Insya'Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.



"Pah...oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

"Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai lambai," cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.
"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."

"Betullah Pah oii...saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."
"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei.
"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.
"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. "Tapi bang..."

"Dahlah...pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm...abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.
"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya...," balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.
"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei. "Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah." Intan cuba membuat abahnya faham.
"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!"

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya.
"Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi...aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah."

"Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!" Sejak kejadian itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara. "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis Bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz. "Tapi...pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan." "Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.
"Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.

"Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis.
"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi." Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman." "Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. "Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi...dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. "Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. "Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya." Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"
"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."
"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu." Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."
"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. "Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, Cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni...," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...." "Habis tu?" "Ini... kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti." Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei. "Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya. "Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah."

"Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. "Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. "Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."

"Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi abah dan mak kau Intan...," ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. "Hah... tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
"Mak ni...," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.
"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. "Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?" "Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu...kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah," tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.
"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni bang?" Mak Pah terjaga.
"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."
"Sabarlah dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. "Mak... abah...," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. "Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" tanya Pak Uwei terasa hampa. "Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. "Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. "Tapi abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?" "Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman.

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.

SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata."Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya. "Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. "Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. "Sabar abah...," Muaz menggosok belakang abahnya.

"Kenapa Az...kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. "Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu. "Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah. "Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."


p/s : Terimalah seadanya siapa pon seseowg itu kerana semua owg tidak akan sempurna segalanya dari kaca mata kita...."Allah Taala tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahkannya sendiri"...."Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa"....

Aku dh baca byk kali cita nie tp tetap terasa meleleh jer air mata nie....aduyaii..hehehe