MESIR  12 April - Beberapa minggu lepas, satu kejadian  menyayat hati telah berlaku di kaherah mesir. Kejadian tersebut yang  melibatkan pelajar perempuan malaysia, dikhabarkan merupakan salah  seorang pelajar baru. Pelajar perempuan ini seperti hari-hari biasa  selama berada dimesir, menghadiri kelas untuk menadah ilmu. Kebiasaannya  akhwat ini ke kelas dengan ditemani rakannya. Sudah suratan Ilahi, pada  hari kejadian, beliau entah bagaimana keluar seawal pagi seperti biase  tanpa berteman, kawannya telah menawarkan diri untuk menemaninya keluar  ke kelas, akan tetapi pagi itu, entah mengapa dia keluar berseorangan,  mungkin kerana tidak mahu menyusahkan rakannya. Dia sendiri sebenarnya  tidak biasa keluar berseorangan.
Sudah takdir, hari itu dia  keluar ke kelas berseorangan, tujuan mulianya untuk menadah ilmu,  berhadapan dengan ujian pahit, yang sukar ditelan oleh mana-mana wanita.  ketika hendak ke kelas, dia menaiki tremco seperti biasa. Saat menaiki  tremco, didalam tremco tersebut penuh dengan penumpang, mejoritinya  lelaki (arab). Setibanya tremco tersebut, di satu kawasan mahattah,  kesemua penumpang turun. Ini membuatkan pelajar wanita ini berasa tidak  selamat. Takutkan apa-apa terjadi, kerana semua penumpang telah turun,  dia juga bercadang untuk turun dari tremco tersebut bersama-sama dengan  penumpang lain.
Kejadian trajis ini berlaku didalam tramco  berkenaan. Saat akhwat ini ingin turun dari tremco tersebut, beserta  dengan penumpang lain, dia di tahan dari turun oleh kondaktor tremco  terbabit. Bila semua penumpang telah turun, pemandu memecut kenderaanya  dan dalam masa sama kondaktor menahan pelajar wanita ini tadi dari  keluar. Didalam tremco terbabit hanya tinggal penjahat manusia berwajah  syaitan ( pemandu dan kondaktor ) serta mangsa akhwat itu tadi (moga dia  dirahmati Allah dan diberi penuh kesabaran dari yang esa).
Saat  itu, akhawat ini sedang cuba dicabul oleh pemuka-pemuka syaitan itu  tadi. Kondaktor menjalankan kerja jahatnya dengan cuba mencabul  kehormatan akhawat tersebut disamping pemandu (rakan kondaktor)  meneruskan pemanduannya sambil cover line serta melalui jalan-jalan  belok yang tidak ramai orang (untuk mengelak dari dikesan orang ramai  akan kerja jahat mereka). Akhawat ini cuba mempertahankan diri dengan  cuba menelpone rakannya, tetapi digagalkan oleh kondaktor pemuka syaitan  tersebut, hanponenya direntap, dan simkadnya diambil dan dipatahkan  oleh kondaktor tadi.
Dia bergelut dengan pemangsa, tetapi apalah  kudrat seorang wanita. Dia dicabul dengan tidak berperikemanusiaan oleh  pemuka syaitan tadi, Allah masih menjaga akhawat tersebut, kerana dia  tidak sempat diperkosa. Tetapi keadaannya ketika itu tetapi menyayat  hati. Bajunya disentap hingga koyak, diraba teruk, dalam masa sama,  akhawat ini cuba mempertahankan dirinya.
bagaimana akhwat ini  dapat selamatkan diri, wallahua'lam. dia tidak menceritakan kejadian  pada sesiapa, melainkan pada kawan rapatnya. Ada orang nampak bajunya  tercarik-carik, koyak akibat direntap, rambut dah agak terkeluar, macam  dah tak terurus.,kerana perbuatan manusia berupa syaitan itu tadi.  Akhawat ini dalam keadaan fobia dan troma. Mereka yang terima maklumat  tidak bertindak cepat menceritakan kejadian pada pihak sepatutnya  mengakibatkan tindakan yang perlu diambil menjadi lewat dan sukar untuk  menyelesaikan kes. Hanya setelah seminggu kejadian tersebut berlaku,  baru maklumat ini diterima oleh rakannya (mungkin disebabkan mangsa  troma)
kasihan pada akhwat ini, moga allah beri kesabaran  kepadanya, tentu ada hikmah disebalik kejadian, mungkin janji syurga  Allah buat beliau dengan ujian yang diterimanya, kerana Allah itu maha  pengasih dan penyayang, cuma Allah menguji kita dengan tahap yang  termampu oleh kita sebagai hambanya.
Kejadian seperti ini buat  pengajaran kepada yang suka tempah bencana. kalau dah memang kita  menjaga tetap juga terkena, tidak pengapalah, kita telah berusaha, ia  takdir. Tapi bila bencana itu dicari sendiri, itu namanya sengaja  menempah bala. Kepada para mahasiswi di ingatkan agar lebih berhati-hati  dijalanan. Ingat jangan mengambil mudah dengan menyebut: " Ye ke kes macam ni ada terjadi dimesir? i  tak pernah kena pun you! You ni saje je nak kecutkan i kan.. tolonglah,  janganla nak sempitkan otak, i tak percaya benda macam ni berlaku kat  mesir.."
Bagi mereka yang berfikiran seperti diatas.  WASPADALAH! telanjur perbuatan tidak terkena tidak mengapa, tetapi  TELANJUR terkena musibah adakah boleh berundur? Adakah bila terkena  musibah seperti dicabul baru ingin beringat. fikir-fikirkan.
Sumber  INFOKINI.
aminmenulis : Wallahua'lam, andai cerita ini  tidak benar maka ambillah ia sebagai iktibar, agar tidak menyesal  dikemudian hari. Jangan sudah terhantuk baru tergadah. Jangan sampai  berlaku kejadian rogol dan lebih teruk daripada itu berlaku. Buat ibu  bapa pelajar-pelajar ini, artikel ini bukanlah untuk merisaukan kalian  tentang keadaan anak-anak anda di Mesir. Tetapi sebagai satu peringatan  dan langkah pencegahan.
Dan saya akui Memang hakikat yang berlaku  hari ini pelajar perempuan Malaysia di Mesir terlalu pasif dan terlebih bersopan santun (tidak bertempat)  terutama bila berhadapan dengan lelaki arab, jauh berbeza dengan pelajar  perempuan indonesia yang lebih agresif dan mampu untuk mempertahankan  diri. Cuma apa yang saya kurang setuju ialah mereka terlampau berani dan  seringkali dilihat berjalan bersendirian.
Sebab itu PMRAM  mewajibkan kepada seluruh pelajar Akhowat Malaysia di Mesir yang ingin  ke mana-mana supaya mempunyai musyrif yang telah dilantik untuk  mengawasi mereka dalam perjalanan dan tidak menggalakkan akhowat untuk  keluar pada waktu malam. Langkah ini bukanlah untuk mengongkong akhowat  untuk pergi kemana-mana sebaliknya langkah pencegahan daripada  berlakunya kejadian yang tidak diingini. Garis panduan telah lama  dikeluarkan, namun terpulang kepada mereka samaada untuk mengikuti atau  sebaliknya.
Peringatan juga buat musyrif (baik Ustaz mahupun  Doktor) yang telah dilantik, laksanakanlah tanggungjawab anda sebaiknya.  Jangan kerana anda malas/tidak melaksanakan tanggungjawab ini menyebab  ada yang menjadi mangsa. Anda tanggunglah akibatnya. Dan ingatlah ia  satu amanah yang tidak boleh dipandang remeh dan akan disoal oleh Allah  kelak.
Kepada akhowat juga, jangan terlalu kerap keluar kerana ia  sedikit sebanyak mengganggu masa musyrif/ikhwah. Andai betul-betul  mempunyai keperluan untuk keluar maka diharuskan. Jika tidak usahlah  membazir masa anda dan orang lain semata-mata untuk keluar  berjalan-jalan.  Sekian.
P/s : Sebenarnya isu ini sudah lama  diperkatakan, namun ia semakin kurang diambil perhatian oleh Mahasiswi.  Pesanan saya, ilmu pertama  yang perlu diajar kepada akhowat Malaysia adalah ilmu menjerit, menumbuk dan menyepak.  Sebagai langkah dan amaran kepada lelaki arab andai terhimpit/terlanggar  ketika menaiki bas. Tunjukkan bahawa Mahasiswi Malaysia bermaruah. Anda  juga boleh melepaskan kemarahan/tekanan dan rasa bosan anda dengan cara  memarahi lelaki arab yang duduk berhampiran anda.
Awas! kepada  ammu dan pakcik arab. Mahasisiwi Malaysia bakal memarahi anda. Mungkin  anda juga berpeluang merasai penumbuk dan penyepak mereka. (Sekiranya  mereka mengikuti langkah ini). Hehe..
Bukan suatu yang mengaibkan  jika anda(akhowat) memarahi arab dikhalayak ramai jika mereka terlalu  hampir dengan anda, itu menunjukkan anda seorang yang bermaruah. Namun  sangat tidak bermaruah jika anda membiarkan diri anda diperlakukan  sedemikian.
Langkah  berjaga-jaga buat akhowat :
1. Jangan berjalan sendirian jika hendak kemana-mana (Baik waktu  siang lebih2 lagi waktu malam)
2. Jangan menaiki tremco yang mencurigakan.
3. Berjalan dalam kumpulan yang ramai.  Biar cukup2 satu tremco lebih baik.
4. Pastikan telefon anda mempunyai kredit dan pastikan  nombor orang yang bertanggungjawab (Musfrif/YDP BKAN/Ra'isah) diletakkan  diatas sekali untuk memudahkan dihubungi jika berlaku kecemasan.
5. Tidak digalakkan menaiki bas yang  sesak dengan penumpang.
6.  Mohon kepada Ikhwah anda memerlukan tempat duduk.
7.  Seboleh-bolehnya mempunyai musyrif, bukan buat musy'aarif. (Tak tahu)
8.  Jerit "HARAM ALAIK YA AMMU!" (Ayat ringkas dan padat untuk lelaki arab)
Kalau ada tambahan, boleh komen dan bagi  pandangan anda.
Sumber : http://allgreenislamic.blogspot.com/2010/04/amaran-untuk-pelajar-perempuanakhowat.html
Wednesday, April 14, 2010
Amaran Untuk Pelajar AKHOWAT Malaysia di Mesir! Jangan sampai ada yang menjadi mangsa r#g#l!
Posted by
Fasiiru Fi Al-Ardi
at
10:48 AM
Labels: Alam Pengajian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment