Saturday, November 14, 2009

Labbaikallah humma labbaik..



Alhamdulillah, kupanjatkan sepenuh kesyukuran keatasMU Ya Rabbi diatas kurnian nikmat yg tak ternilai bagiku dan insan2 lain yang terpilih pada tahun ini untuk mengerjakan haji dengan rasa khusyuk lagi tawaddu`, salam sayang yang x ternilai buat jumjungan besar nabi Muhammad SAW dan sahabatnya.

Bersyukur sekali lagi pada tahun ini aku akan mengerjakan haji buat kali pertamanya akan berlepas dr Shuobra pada 17hb September 2009 pergi ke Safaga untuk menaiki kapal laut hingga ke Jeddah. Sampei di Jeddah akan bertolak ke Mekkah untuk mengerjakan haji tamattu` kerana masih awal di sana.

Ku mengharap doa dr kawan2 semua untuk selamat pemergianku dr Mesir hingga ke Mekkah dan kembali ke Mesir.



Lagu “Sofa Marwah”
Artis “Nadamurni”

Sofa dan Marwah Kisah Bermula
Siti Hajar Berhati Mulia
Taatkan Allah Jua Suaminya
Biarpun Hidup Penuh Derita

Nabi Ibrahim Suami Tercinta
Menerima Wahyu Perintah Allah
Suatu Suruhan Mengandungi Hikmah
Mereka Berdua Harus Berpisah

Menangis Hajar Mendengar Kisah
Pilu Hatinya Dihambat Resah
Mengenang Nasib Telah Tersurat
Hidupnya Bakal Menempuh Susah

Nabi Ibrahim Hatinya Rawan
Anak dan Isteri Harus Ditinggalkan
Namun Dirinya Tak Dapat Melawan
Perintah Allah Segera Dilaksana

Di Padang Tandus Hajar Ditinggalkan
Tiada Teman Tiada Taulan
Hanya Anaknya Menjadi Kawan
Pujuk dan Rayu Tak Dipedulikan

Tika Mentari Membakar Terik
Sesusuk Tubuh Lesu Tak Bermaya
Habis Bekalan Susu Kekeringan
Menangis Ismail Haus Kelaparan

Hajar Berdoa Dengan Hibanya
Mengharap Air Membasah Dahaga
Tanpa Diduga Terpancar Air
Dari Hentakan Kaki Anaknya

Album Balada Makkatul Mukarramah

sumber dari : http://www.topliriklagu.com/sofa-marwah-lirik-lagu-penyanyi-artis-nadamurni.htm