Monday, April 26, 2010

PUISI PALESTIN




BICARA DI PADANG MERAH


Adikku, seharian
kau menangis, tak terbendung lagi
hujan air matamu itu.
Sudahlah, usah kauhantar bonda ke syurga dengan muka mencuka,
dan kauiring ayahanda dengan tangis menggila.
Sekalah, meskipun abang turut berair mata; jatuh ke dalam.

Senyumlah; Tuhan memilih mereka
sebagai penghuni syurga.
Kita juga akan ke sana nanti,
bila tiba masanya.

Adikku, fahamilah kata Tuhan,
Zionis itu takkan pernah puas menyiat kulit kita hidup-hidup,
mereka binatang buas; lapar daging manusia bernama Muslim.

Adikku, jangan kaubiar pemergian bonda dan ayahanda itu buntu.
Di celahan hujan bom dan titis fosfur,
masih terlihat terang mentari dan cerah langit.
Dan abang percaya,
masa depan kita boleh seterang dan secerah itu.


Zionis

Tanah sekangkang itu ada kuasa,
"Dari mana?" jangan ditanya
takut nanti terbang pula sarang nuclear!
Bersepah tahi-tahi dendam
tak nampak tapi terang, selindung
dalam cerah.

Tanah sekangkang dirampas dengan kejam,
beri sedikit mahu sepanjang.
Tak tahu malu kubilang, tapi aku bisu
aku diam; sebab akupun semacam jelatang.

Kamu tahu, tanah sekangkang itu dulu tandus
tapi sekarang megah menyerang, tuan tanah direjam
ditembak macam binatang.
Hei, kamu lupa kamu itu pendatang?
Menerjah sana sini macam kamu tuan,
berani cuma kerana kuasa ada di belakang.

Kamu tuli telingakah, tak dengar kanak-kanak
meraung derita di tepi jalan?
"Mana ayah? Mana ibu? Mana abang? Mana kakak?"
Langau jadi teman, hurung hamis darah!
Kasihan...
Kamu buta tangisan kecil itu adalah butiran permata?
Tak nampakkah jernihnya begitu berharga.
Kasihan...

Jerit harap itu ikhlas, dengarkan!
Tangis perit itu juga ikhlas, lihatlah!
Kemudi nafsu serakah kamu, jangan
sampai lupa diri,
aku takut bila kuasa di belakangmu berpaling,
kamu akan sehelai sepinggang lagi.

Zionis, hentikan keganasan.
Bebaskan Palestin selamanya!


PEPERANGAN 'INSAN'YANG SEMPURNA



MALAM ITU

TERLABUH NAN PERLAHAN

DENGKURAN ITU MENJADI AKHIR YANG PASTI

BURUNG-BURUNG BIRU ITU

MELEMPIASKAN AMARAH YANG MENYAKITKAN

DADA-DADA MANUSIA PALESTIN...




KESAKITAN ITU MENJADI BARAH

YANG MENGALIR ITU TETAPLAH MERAH..

HANYA ALLAH TEMPAT BERSERAH..

SEMANGAT YANG MENGALUNKAN 'ALLAHHUAKBAR'

TETAP KEDENGARAN

KERANA

ERTI JIHAD SUDAH SEMPURNA

PADA SEKALIAN JIWA MUDA..




SAUDARAKU

TEGUHLAH KITA SEPERTI POHON TIN


YANG TABAH MENANGKIS SEGALA DUGAAN

YANG HADIR MENCEKIK-CEKIK

MENIKAM-NIKAM DIBALIK BAYANG MEREKA

YANG KELIRU...




BERGEMBIRALAH WAHAI SAUDARA

KERNA KITA SUDAH SEMPURNA

SETAPAK CUMA

KITA KE SYURGA..




IN'KAANAT ILLA SOIHATAW

WAHIDATAW FA'IZA

KHUM KHOMIDUUNN..

LA HAWLAWALA QUWATAILLAH BILLAH HIL ALLIYUL AZZIMM..


Sampah-sampah demokrasi di Gaza

Demokrasi!

Demokrasi!

Demokrasi!

Suara-suara demokrasi telah kian hilang di Gaza
prinsip keadilan, kebebasan, maruah dan kebenaran untuk manusia
bukanlah lagi menjadi dasar-dasar perjuangan dunia ini
sebaliknya demokrasi itu kini jadi halal alat untuk ganas,
keganasan dan para pengganas bermaharajalela
membunuh jiwa-jiwa tak berdosa atas nama demokrasi
dunia hanya jadi penonton-penonton bisu dengan tangan terikat duri

Demokrasi!

Demokrasi!

Demokrasi

Pilihan untuk jadi pemimpin bangsa Palestin konon secara demokrasi
Akhirnya dikecam pemimpin dunia dan pemimpin dunia Arab yang bermuda-muka
apa bezanya demokrasi Palestin dengan demokrasi Amerika Syarikat
Barrack Hussein Obama mendapat pujian para pemimpin seluruh dunia
Hamas pula dipaksa membayar demokrasi dengan darah-darah hanyir

Demokrasi!

Demokrasi!

Demokrasi

Demokrasi tenggelam oleh ngauman peluru-peluru memekakkan dunia
Jiwa-jiwa hanyut dalam arus deras sungai berwarna merah
Kemenangan hak itu akhirnya jadi mulanya pengabaian demokratik
yang datang dari baha-bahan buangan demokrasi oleh kuasa besar dunia

Demokrasi!

Demokrasi!

Demokrasi

Dunia ini telah dengan angkuh dan sengaja menidakkan harapan mereka
dan jalan penyelesaian oleh mereka yang memahami jadi debu-debu
maka kejahilan dan putus harapan akan terus berleluasa
dunia sebaliknya memilih untuk bersikap sinis, munafik,
bohong dan khianat.

Demokrasi!

Demokrasi!

Demokrasi!

Demokrasi kini telah jadi sampah di Gaza


0 comments: